Wednesday, May 2, 2012

Impian Warga Malaysia 

Semua anak2 Malaysia dari Semenanjung, Sabah, Sarawak tanpa mengira bangsa, agama, kepercayaan, kefahaman dll..dll..dll..dapat hidup aman damai...perbezaan pendapat dan fahaman adalah umpama adik- beradik yang sering bertekak, akhirnya diselesaikan dgn baik, umpama suami isteri yang salah faham, akhirnya berkasih sayang, umpama kawan karib yang terpisah, akhirnya bertemu juga,...kan best kalau mcm tu....

Aku rasa Malaysia tak perlu dihuru harakan oleh sesiapapun dan Malaysia pun tak perlu ditegangkan dengan penguatkuasa yang keras.... Kita hanya nak hidup aman damai, bila berjumpa kita mesra..bila berselisih kita bersapa...bila suka dan duka kita kongsi bersama......ini hanya impian rakyat yang sentiasa dipandang dan dianggap tidak tahu apa2 terhadap negara yang disanjung....

Rakyat is Power..tak semestinya menteri2 dan YB2 saja yang layak berfikir utk negara...ambil kira jugalah buah fikiran rakyat marhaen yang mungkin berpelajaran tinggi dan berpengalaman luas dalam menghidupkan suasana yang diimpikan....

Once upon a time....ketika zaman sekolah ku di tahun-tahun 70an dan 80an..tak pernah langsung terfikir akan perkauman...aku happy terus dengan kawan-kawan tanpa mengira bangsa dan agama...tiap kali musim perayaan kami ramai-ramai berombongan ke rumah kawan-kawan..cukup gembira,...teringat lagi macamana aku 'pow' ibu kepada Hardeep Singh kat dapur rumah dia masa Deepavali, akhirnya dapat aku 'tapau' 5 keping capati terbaeekkkkk utk dibawa balik,Deepavali kat rumah Kumaraguru di mana kami ramai-ramai baling kuih 'keras' kat dinding supaya pecah dan mudah dimakan...hehehe.... teringat lagi masa aku berTahun Baru Cina di ruma Cheng Por (mendiang). Kok Peng dll...happy nak mampus dapat sampul merah (ang-pow) dari mak bapak diaorang....teringat lagi tiap kali ada jamuan di sekolah, kawan-kawan aku minta aku 'pow' mak aku masakkan gulai/kari ayam sebab semua suka sgt ngan  kari ayam yang mak aku masak, siap Cikgu Yap bisik kat aku, jgn lupa bontot ayam kegemaran dia......kan happy nak mampus masa tuuu....

Semua ini tak perlulah menjadi Once Upon A Time, sebab semua ini amat penting bagi anak-anak dan cucu-cucu kita di masa hadapan..... Jadi kenapa la ada malaun-malaun yang suka sgt nak bertelagah...pada aku semua yang pernah berlaku Once Upon A Time adalah lambang Malaysia sejati......tak perlu 1 Malaysia ka, berapa Malaysia pun, kami tetap bersaudara sehingga kini.....

Aku syg Malaysia... Sekian....Wassalam..

Saturday, February 25, 2012

Tanggungjawab...

Tak lama lagi anak aku akan melanjutkan pelajaran di peringkat ijazah di IPTA di Semenanjung Malaysia..sebelum itu, seorang anak aku mendapat tempat di Sekolah Teknik..seorang mulakan sekolah di Tahun Satu..seorang di Tingkatan Dua..dan seorang di tahun-tahun akhir di IPTA di Melaka...

Terasa jugak tanggungjawab sebagai bapa bertambah hebat...dengan rezeki yang ada, segalanya adalah untuk memastikan pelajaran anak-anak sentiasa lancar dan sukses...sebagai bapa juga, aku dapat rasakan yang kini aku tidak meletakkan kehendak dan keperluan aku di tempat yang utama..kebahagiaan keluarga terutamanya anak- anak mengatasi segalanya...

Once upon a time...tentu ibubapa aku juga seperti ini..semasa aku ke Kedah melanjutkan pelajaran di Sekolah Teknik (1983), tiada langsung mereka merungut atau mengeluh walaupun aku tahu dengan kesempitan hidup yang mereka terpaksa tanggung..ya lah gaji seorang wader penjara berapalah sangat...apatah lagi bila aku melanjutkan pelajaran di ITM (1989-1992).. Tentulah beban mereka makin bertambah, tetapi mereka tetap juga melayan apa juga keperluan aku agar aku berjaya dengan sedikit bantuan dari abang aku...

Segalanya benar-benar jelas sekarang betapa seorang bapa amat banyak berkorban demi keluarganya..aku harap aku juga mampu menjadi seperti Sgn (B) Hamid Khan yang sentiasa tenang menghadapi segala dugaan dan tekanan dalam memastikan aku menjadi aku...

Aku amat yakin aku juga mampu hadapi apa juga halangan demi memastikan anak- anak mendapat yang terbaik..dan aku juga yakin semua bapa-bapa sentiasa menelan apa juga permasalahan demi memastikan keluarganya gembira dan berjaya...

Tabik kepada Sgn(B) Hamid Khan dan semua bapa di dunia atas pengorbanan yang dibuat...aku bangga kerana dapat join the club...Wassalam..

Saturday, January 7, 2012

Idola

Once upon a time... Aku sentiasa tercari2 identiti...tika usia makin matang dan berkerjaya aku perhatikan pegawai2 atasan dan jadikan mereka idola...makin lama makin banyak yg aku dapat dari pemerhatian yg dibuat. Setiap idola yg diminati akan aku ambil satu atau dua sisi yang aku rasa wajar diikuti, lama kelamaan aku rasa lebih yakin dan mula membentuk diri sendiri menjadi seorang pegawai yg aku rasakan wajar utk melaksanakan tanggungjawab dan tugas yg diamanahkan..hingga sekarang aku sentiasa mengingati dan mengenali setiap orang idola yang aku perhati dan contohi biarpun mereka tidak menyedarinya...terimakasih kpd idola2 aku di semua tempat yg pernah aku singgah..UiTM, SIRIM, KTMB, Jabatan Penjara Malaysia, GSB dan lain2... Kalian telah membentuk aku menjadi "aku"... Mungkin once upon a time akan menjadikan aku idola kpd anak2 dan bekas2 kakitangan aku...Wassalam...

Wednesday, November 30, 2011

Politik...?

Aku tersenyum sendiri bila menonton laporan persidangan UMNO semalam...nampak bersemangat ketua2 sayap membuat ucapan...aku tersenyum kerana nampak sangat 'semangat' yang dilontarkan terlampau dibuat2...tuduh-menuduh, cabar-mencabar2....asal keluar ja dua tiga ayat, si ketua melaung "betul tak tuan/puan..??" maka pewakilan pun ramai2 (?) menjerit "betulllllll..."....tak apalah, aku rasa itulah caranya cari makan dalam politik....
Once Upon a Time..aku teringat masa aku bekerja di dalam  jabatan, mungkin ramai yang cari makan dgn cara yang lebih kurang sama kot...hehe...asal pegawai atasan cakap apapun, gerenti setuju punya...asal pegawai atasan batuk pun rasanya berebut2 yang nak setuju...hah ha ha..
Kadangkala menjadi pengkritik dirasakan baik, menjadi berani mungkin baik, menjadi 'pembangkang' mungkin juga baik...tetapi sesiapa yang rasakan baik ini haruslah berani juga menghadapi risiko yang mungkin adil atau tidak...
Aku percaya, kita tidak perlu menjadi hipokrit dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab..mungkin kita kurang popular di kalangan atasan tetapi kita mungkin mendapat kepuasan membantu ramai kakitangan..mungkin ada yang tidak menyukai cara dan stail kita tetapi mungkin juga ramai yang boleh menerimanya...
Once Upon a Time..aku pernah merasai menjadi ketua..dan kini, apabila tak menjadi ketua nampak sangat yang kita tak diperlukan lagi..so, moral of the story, buatlah yang terbaik semasa kita menjadi ketua sebab bila kita dah tak diperlukan lagi, semua yang pernah kita buat akan membuatkan kita tersenyum puas.....puas sebab kita dapat rasakan yang kita telah menjalankan tanggungjawab kita setakat yang mampu...itupun kalau adalahhh...
Sekarang aku memberi 150% komitmen kepada organisasi yang aku kerja..tetapi jauh di sudut hati aku tak pernah lupakan sahabat2 dan musuh2 di jabatan dahulu....kiranya diperlukan aku tidak pernah menolak untuk berkongsi pengalaman dan pengetahuan yang cetek ini...so, biarpun telah berlainan haluan, silaturrahim tetap berterusan...  Friends Forever....
Once Upon a Time..aku berani mengambil keputusan yang amat drastik, kerana bagi aku  keluarga adalah yang paling utama dalam hidup, kebahagiaan keluarga ada lebih penting daripada diri sendiri dan kegembiraan keluarga adalah lebih utama daripada kegembiraan diri.....Tepuk dada tanya selera....

Friday, November 25, 2011

Persahabatan....

Once upon a time..masa aku bersekolah, rasanya keakraban kaum tak pernah menjadi persoalan..hingga kini aku masih ingat dengan Kumaraguru, Hardeep Singh, Wong Thean Chai, Lee Kok Peng, Charles Tong Char Li, Sasitharan, Andrew Arulananthan, Sathiaseelan, Boh Chee Hong, Kuan Kah Yong, Hor Cheng Por (mendiang), Mohan dan ramai lagi (kpd yg tak disebut, jgn kecik hati k..)..terlampau ramai kawan2 aku yang bukan melayu....
Sekarang nie, aku naik risau tengok keadaan yang seolah-olah menggambarkan suasana kaum di Malaysia macam tak berapa stabil..betulkah..????
Pandangan aku....sebenarnya ini hanya dicipta oleh orang politik saja..depa yang cipta isu yang tah apa2 tah nie dan kononnya depalah hero yang menyelamatkan keadaan...piiiirrraaaaahhhhh.....
Aku tengok rakyat marhaen macam kita semua, ok saja...tiap kali balik Tepeng dan terjumpa kawan2 aku, kami merasa cukup rapat dah mcm sedara...boleh lepak buka cerita lama sampai berjam2 tanpa rasa perbezaan apa2 pun...
Dahlah orang2 politik semua...jadilah contoh yang baik..tak payahlah nak melaga2kan kami yang dah kamcing nie...kami boring dah dengan isu2 bodoh mcm nie...aku suka berkawan dan amat menghargai persahabatan..kenapa la korang nak rosakkan...
Aku juga sentiasa menginginkan anak2 aku respek tali persahabatan tanpa mengira kaum dan agama...kita mau hidup aman..Wassalam.

"Demam..."

Masa kecil dulu kita semua perasan tak..bila musim main guli, semua kita pakat bawa guli..bila musim main layang2, kita semua pakat himpit bapa kita buatkan layang2 atau 'pow' dua tiga kupang buat modal beli layang2... Semuanya bermusim dan akan sejuk bila ada geng yang bawa trend baru bagi mengubah musim... Kini, rupanya apa yang kita lalui dulu tu boleh diibaratkan sbg "demam".. Demam bola, demam AF , demam politik dan mcm2 demam lagi... Di pejabat pun sekarang nie dok demam hitam putih..sebab tak lama lagicompany dinner bertema hitam putih..seronok tgk gelagat staf2 yg dok pening fikirkan pakaian yg nak dipakai..hehe..once upon a time di Jabatan Penjara pun aku selalu timbulkan demam2 nie sebab aku percaya sesuatu yang dibuat dengan mewujudkan "demam" akan menghasilkan keseronokan dank kepuasan maksima kepada semua....keghairahan menantikan hari atau majlis tu akan menambahkan kemeriahan yang sukar digambarkan...kepada staf2 Growarisan, selamat ber- dinner hitam putih...kepada kwn2 di jabatan penjara kenangan Once Upon A Time bersama akan tetap diingati dan dihargai..masa kini bermula dengan " Once Upon A Time..." Wassalam.

Thursday, November 17, 2011

Mulanya di sini

ini adalah tulisan pertama aku di blog ini...Aku teringin memblogkan diri kerana seronok tgk kwn2 meluahkan apa saja dlm blog...emmm...rasanya blog nie akan mengimbau kenangan semasa dulu hinggalah sekarang...darihal keseronokan, kesedihan, cabaran, pengalaman dan apa saja yg terlintas di kepala ini....hal politik serta ehwal semasa juga akan aku kongsi mengikut pandangan ikhlas dan cetek aku...apapun blog ini adalah aku....sekian, wassalam.